CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 12, 2009

besT n peRLu dapatkaN!!!


ni la Album yg best!!!

Bercerita tentang album terbaru Jac, kini selepas tiga tahun tidak hadir dengan album, Jac muncul dengan album ketiganya yang berjudul ‘Jaclyn Victor III’. Album yang memuatkan lagu-lagu berkonsepkan pop balada ini rata-ratanya mendapat sentuhan hebat daripada komposer, penulis lirik dan produser terkenal negara seperti Aubrey Suwito, Sharon Paul dan Nai Kong.

Malah, bagi menyuntik elemen baru yang segar, Jac juga berkerjasama dengan penerbit-penerbit baru seperti Anjang Jinbara, Gjie 6ixth Sense, dan Syed Nitrus. Pasti anda pernah mendengar lagu “Bertamu di Kalbu” yang digubah dan ditulis oleh Anjang Jinbara. Lagu yang menonjolkan elemen rock ini sangat berbeza dengan lagu-lagu yang pernah didendangkan oleh Jac sebelum ini. Satu percubaan yang cukup berani dan siapa sangka ia menjadi single pertama mendapat tempat di hati peminat.

“Saya mahu album saya kali ini berbeza dengan album saya yang terdahulu. Sebab itu saya cuba bekerjasama dengan beberapa ‘orang baru’ bagi mendapatkan apa yang saya mahukan. Secara keseluruhan, saya memang berpuas hati dengan album ini dan merasakan album ini lebih muda daripada segi susunan muziknya. Saya bukan sahaja fokus kepada lagu balada, tetapi ada juga lagu fast and catchy seperti “Jatuh Cinta” dan “Tentangmu”,” jelas Jac.

Satu lagi keistimewaan album ini ialah ia memuatkan sebuah lagu yang menghimpunkan 24 buah lagu yang pernah dipopularkan oleh artis-artis ternama Malaysia suatu ketika dahulu seperti “Kau Ilhamku”, “Kamelia”, “Sekadar Di Pinggiran”, “Menaruh Harapan” dan “Gadis Melayu”. Lagu yang dimulai dan diakhiri dengan lagu “Gemilang” ini disusun semula oleh komposer terkenal Nai Kong dan dipendekkan menjadi 10 minit, lalu diberi nafas baru dan tersendiri oleh Jac.

Album ini mengandungi lapan buah lagu keseluruhannya dan ia akan berada di pasaran pada 20 Ogos hadapan pada harga RM31.90. Bagaimanapun, istimewa kepada mereka yang mahukan album ini lebih awal, album ini boleh dibeli secara online di www.sonymusic.com.my bermula 11 Ogos ini dengan harga pengenalan iaitu RM29.90 sahaja.

..........nk beli??..........

0 comments: